Search This Blog

28 May, 2010

10 Perkara Yg Tidak Disukai Suami

Sekadar Mengingatkan diri sendiri..
10 Aspek ni semua dah tahu tapi tak semua dapat kita implemenkan disebabkan kita hanyala manusia, tak terlepas dari membuat kesilapan..

1.Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot.
2.Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.
3.Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.
4.Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.
5.Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’.’pandailah abang pilih kain ni’.
6.Mengelakkan diri dari berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.
7.Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatahlagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.
8.Elakkan diri dari menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.
9.Elakkan memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.
10.Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya.

Semoga sedikit ilmu diatas ini dapatlah membantu para isteri dan diriku sendiri dalam membentuk, memperbaiki diri demi sebuah rumahtangga yang berkekalan.

Bantulah suami takala dia menghadapai sebarang kesukaran, kesusahan terutama dari segi keewangan atau kesihatan. Kerana keperihatianan seorang isteri akan meyakinkan para suami bahawa walau apa keadaan sekalipun isteri tetap berdiri teguh dibelakang suaminya.

12 May, 2010

Klinik 1Malaysia

Sepatutnya, entri kali ni di post 2minggu lepas. Alkisahnya, pd 2 May lepas aku anak beranak g kenduri kawin sepupu Encik Suamiku dekat Kluang. Kami bertolak dari Kulai kul 9pg sampai Kluang dlm kul 10 lbh. So, berkampungla kami anak beranak, sedara mara yg mmg dah lame x ketemu.

Cuaca hari tu sgt panas, DANIA yg baru je baik demam, tibe2 demam semula. Aku x bawak ubat demamnya. Aku sangat risau sbb badannya sangat panas. Jenuh husband ku cari klinik di sekitar tapi semuanya tutup sebab hari Ahad. Mulala Encik Suami nak membebel. Nasibaik ada Klinik 1Malaysia di Taman Sri Lambak, Kluang. Sblm ni, dgr je pasal klinik ni, tapi lum jejak lg.

Bila Pembantu Perubatan gred U29 tu cek, Suhu badan Dania 39.7. Aduss, tingginya. xtaula kot2 termometer tu xcalibrate, almaklumla klinik kerajaan. Yang pasti, aku sangggatttt berpuas hati dengan servis klinik tersebut. Sekali gus menutup pandangan sesetengah "manusia" yg mengatakan Klinik tiada doktor, itulah klinik 1 Malaysia.

Lagi cakap2 pasal klinik 1Malaysia :

* Satu Malaysia tahu klinik ini tak ada MC.
* Satu Malaysia tahu kalau betul-betul sakit tak boleh pergi klinik ini.
* Satu Malaysia tahu yang klinik ini hanya untuk orang yang sakit tak sakit.
* Satu Malaysia tahu yang mereka dah kena tipu.
* Sepatutnya bila sudah merdeka lebih 50 tahun, rakyat sepatutnya mendapat perubatan dari doktor pakar bukannya dari pembantu perubatan.
* Sepatutnya dengan kekayaan hasil petronas, kerajaan membelanjakan wang bagi tujuan pendidikan, agar lebih ramai anak-anak kita mampu menjadi doktor malah pakar dalam bidang tersebut. Paling kesal, kita tak cukup doktor dalam keadaan anak-anak kita yang cerdik begitu ramai.
* Klinik 1 Malaysia melambangkan bahawa kita sedang mundur dalam bidang perubatan.
* Wajarlah kita membayar RM1.00 diklinik 1 Malaysia. Kerana nilainya memang begitu.


Kenapa aku sangat berpuas hati???

1) Aku dah 2 kali g klinik semenjak Dania demam on off, on off, tapi xbaik2 jgk. Memangla kuasa menyembuhkan di tangan Allah. Alhamdulillah Dania sembuh sepenuhnya lps consume ubat2 tu.
2) Kadang2 walaupun Dokter yg cek, tapi aku xpuas hati sbb bayar mahal, cek acuh x acuh, lebih pada nak berbisnes. Sangat x berbaloi.
3) Walaupun Pembantu Perubatan yg cek, tapi keikhlasan & layanan yg diberikan cukup baik. Xtaula kat tempat lain ye, ni kat Taman Sri Lambak ok.
4) Hanya dgn 1Ringgit, dah dapat rawatan. Aku bukannya org kaya.

Moralnya :

1) Janganla terlalu bertindak mengikut perasan perasaan, bertindakla menggunakan akal dan waras keislaman.
2) Jangan asyik nampak keburukan org lain sahaja, lihatla dari sudut positifnya.
3) Jangan suka mengkritik & menyalahkan org lain, syok sangat mengkritik, diri sendiri tak betul pun x tersedar. Nauzubillah.
4) Jangan tau bercakap sahaja, tapi bila nak melaksanakan hampess jugak ok..

Salah kerajaan kah Malaysia kekurangan dokter??????? Kenapa ramai yang x mau jadi dokter????

Fikir-fikirkanlah...
Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah jua...yang xbaik itu datang dari kelemahan diriku...
Wallahu a'lam.

Nak jgk tepek gambo pengantin lama kat sini..hehe..gambo klinik 1Malaysia lupa nak snap..

Aku Yang Tak Keruan

Dah lame aku x update blog, bukan takde citer, cuma fikiran xkeruan. Tinggal 3 minggu lg lab ku keja nak kne audit. Tambah2 merisaukan aku Encik Khoo ckp ada 2 org Technical Assessor akan dtg. Huhu, setiap thn bile tibenya time nak audit, aku x senang duduk. Jenuhla seharian nak menjawab nanti, uk ak..uk ak...

Yang bestnya, bile dah abis audit alangkah leganya rase. Pastu lehla citer pasal Family Day pulak....Lokasi??????Blum konpem lg...Yahhhuuuu............
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANDA KLIK ANDA HEBAT