Search This Blog

27 April, 2010

....Pabila Mama Mula Bergaya....


Sempat lg myzura snap gambo aku tgh phone dgn QA Managerku.


Sudah agak lame aku x ambik gambo ala2 berangan, perasan & meroyan ni. Alkisahnya sabtu 24hb4 aku dan 2 x-classmate ku ke danga bay. Saje, abiskan masa bersama-sama. Meraikan kedatangan dorang setelah sekian lame xketemu. Dania & Airis aku anto kat umah pengasuh.


Kembang hidungku mencium bunga orkid yg dikerumuni semut itam sebenarnya


...Lagi...


...dan lagi....


Last skali, baru aku tepek gambo korang eh, jangan marah....


Miss Ezi


Myzura

22 April, 2010

Why Do I Worry So Much?

Sedar tak sedar, pejam celik, sudah 6 bln aku menggunakan SPECTRA 3 ku. Banyak sungguh jasamu spectra ku. Sayang bangat sama kamu wahai spectraku. Janganla kamu wat hal dikala aku amat memerlukan dirimu. Harap2 targetku utk b/feeding sampai 2thn berjaya. Kalo anak 1st dulu aku hanya sempat menyusukan selama 80hari saja, kini aku sudah berjaya selama 6bln.

Tapi apa yang merisaukan diriku produksi susuku semakin merudum. Dlm sehari aku hanya mampu mengepam 2 botol sahaja, total ~ 8-10 oz sahaja/hari. Tu pun kat opis. Kat umah kerja2 mengepam sudah di stop kan sbb aku bg direct jer. 2 botol x cukup utk aku tinggalkan kat umah pengasuh. So, aku terpaksa tambah dgn susu formula. Bermakna aku x berjaya utk fully breastfeeding. Xperla Airis, kamu pun dah besar, sudah 6bln, dah boleh makan solid food, bubur dll.


Yang pasti aku amat merindui zaman awl2 dulu, disaat produksi susu ku agak mewah. Nasibaik aku sempat snap beberapa keping leh la tepek kat sini.

20 April, 2010

Coret Moret


Sengih DANIA dapat hadiah birthday qada' dari CIK ILA. Cantik dress tu, cuma labuh sket. Leh wat simpan raya nanti..hehe..neway, tahnks to CIK ILA.

Dahlame aku x mencoret, sejak anak-anak ku diserang demam, batuk & selsema seminggu yg lalu. Kesian tgk si kecik batuk sampai suara pun x keluar. Mama doakan adik cepat sembuh, kembali aktif bermain dgn kakak ok.

Okla, sambung cite episod cinta kolestrol. Kisahnya, pagi hari khamis lepas, seawal 6.10 am aku keluar berjoging. Tak lame pun, dalam 15minit jer. Cukupla untuk membuatkan jantungku mengepam lancar & peluhku keluar. Keesokan harinya punyala sakit seluruh abdomen, tulang temulangku dari pinggang sampai betis..huhu. Nampak sangat aku tak fit, kan? Moralnya : Curik2 la masa untuk bersenam, 20 minit, 3kali seminggu.

09 April, 2010

Episod Cinta Kolestrol

Huhu...Aku bukan nak bercerita pasal Erra Fazira dalam filem Cinta Kolestrol.
Semalam aku dah g amik result medical check-up ku.
Keputusannya semua ok cuma "KOLESTROL" dalam darahku terlebih sudah..
Dengan berat badan 45kg@158cm ketinggian di usia menginjak 29tahun, sebenarnya kalo ikut tahun Islam Hijrah umurku dah 29Tahun.
aku sudah mempunyai risiko kolestrol tinggi. Aku sedar, faktor pemakanan menyumbangkan keadaan ini.

Ku akan sedaya upaya cuba mengontrol pemakananku sehari-hari bermula detik ku menulis di sini. Semoga semuanya tak jadi hangat-hangat taik ayam sahaja.

08 April, 2010

Medical Check-Up

Hari Isnin lepas, aku g ke klinik penawar nak g Puteri@Johor Specialist tak mampu utk Medical Check-Up. Skrg, Klinik & Hospital Penawar sdg mengadakan promotion sempena Mother's & Father's Day (April-June 2010). Harga promosi ni cukup murah, hanya RM85 jika hendak dibandingkan kat tempat2 lain. Lagipun Pakej ni cover byk blood screening..

Antaranya : nak jugak tepek kat sini
- Haemotology
- Coronary Risk
- Diabetic Screen
- Renal Screen
- Bone/Joints
- Arthritis Screen
- Liver Function Test
- Hepatitis Screen
- Thyroid Screen
- Tumour Marker (Breast & Ovarian Cancer)
- Urinalysis


di samping General Physical Examination.
Bagi sesape yang berminat bolehla calling2 Ms Suzana Daud@07-3877891 (Medical Surveillance Unit).

Mmg dah lame aku x wat medical check up ni, seingat aku masa nak masuk U dulu la..lbh kurang 11 thn yang lalu..alamak, dah tua rupanya aku..
Oklah,aku sebenarnya berdebar-debar menunggu result blood test petang ni. Diharapkan semuanya baik-baik ajer..

Dania & Airis @ Day Care


Harini dgn berat hati aku menghantar Dania & Airis ke Day Care dekat dgn umah aku jugak.


Pengasuh ank2 ku ambil cuti selama 4hari utk cuti2 Malaysia ke Langkawi..Huhu..
Aku harap anak2 ku dijaga dgn baik di sana..almaklumla sblm ni mereka ditatang bagai minyak yang penuh oleh Kak Ani. Thanks Kak Ani jaga dorang ni dgn baik skali...yang pasti aku tau, Dania pasti gembira bermain papan gelungsur harini..Baik-baik ye nak, jangan sampai terjatuh udah..Kamu tu dah la super lasak. Ape2 pun mama doakan yg terbaik utk kamu berdua..

07 April, 2010

Aku Dan Magnetic Necklace

Dah lame aku x jenguk blog ni. Almaklumla kekontangan idea, dah lame x mengarang. I'm not a journalist ok. So, segala penyalahgunaan verb, vocabulary, maupun penjodoh bilangan harap dimaafkan.

Dalam entri kali ni aku nak berkongsi mengenai MAGNETIC NECLACE. Mungkin ramai yg dah tahu pasal gajet benda alah ni @ sudahpun memiliki. Bagi aku yang agak jakun ni benda ni pun nak share dlm blog.


Alkisahnya, sejak dua menjak ni aku merasakan kelainan dlm diriku.
Apakah kelainan tersebut? Adakah aku terPEKNEN lagi????oh....tidak....
Aku cuma mengalami keletihan yang melampau, berat kepala, sakit kepala ditopup pulak dgn dizziness. Pendek kata, semuanya berkaitan dgn kelapa kepala. Malah minyak angin cap kapak menjadi teman sejati aku (bau perfume dah ilang dek aeroma myk tersebut).


MYK ANGIN YANG AMAT BERJASA DIKALA AKU KEPENINGAN

Oh..melalut sudah aku ni, berbalik pada cerita MAGNETIC NECLACE tadi. Mengikut sumber yang pernah aku baca, badan kita secara semulajadi dikelilingi oleh jaringan kompleks elektromagnet yang memainkan peranan tertentu dlm fungsi badan kita. Sel2 dalam badan kita dikawal oleh arus elektromagnet kecil yang dihasilkan oleh medan magnet bumi.

Adakah aku kekurangan medan magnet?????
Antara simptom2 kekurangan medan magnet ialah :
- Insomania
- Keletihan + Kelesuan
- Kekakuan bahu @ belakang badan
- Berat Kepala, Sakit Kepala, Pening
- Sembelit
- Keupayaan pemulihan lemah


Disebabkan aku selalu mengadu sakit kepala, Mr Husby mencadangkan aku untuk cuba pakai MAGNETIC NECLACE yang dijual di COSWAY.
Kononnya, rantai ini boleh memberi bekalan tenaga magnet luaran secara berterusan bagi menangani masalah kemerosotan dan gangguan medan magnet.
Ianya bertindak menghasilkan medan magnetik secara berputar tidak ketara yang mengalir melalui seluruh badan untuk mengimbangi semula arus elektromagnet dan mengembalikan cas yang sepatutnya kepada sel2 badan. Secara tidak langsung, proses pemulihan secara semulajadi akan berlaku.

Dah macam cikgu sains pulak aku mencoret. Many thanks to Cikgu Syed kerana belikan mama rantai ni.kalau dapat rantai emas 15g ke lagi besh
Diharapkan dgn memakai rantai magnetik ni, ianya akan memberi kesan yang positif terhadap kesihatanku..Insyaallah..

ANDA KLIK ANDA HEBAT